RADON DAN PENGARUHNYA TERHADAP PERSEKITARAN KEHIDUPAN MANUSIA*
Zaini Hamzah1 dan Ahmad Saat2
1Fakulti Sains Gunaan
2Institut Sains
Universiti Teknologi MARA Malaysia
40450 Shah Alam.
e-mail: ahmad183@salam.uitm.edu.my, drzainihamzah@yahoo.com
ABSTRAK
Radioaktif adalah perkataan yang boleh menimbulkan kerisauan dan keresahan kepada ramai orang. Hal ini timbul kerana kurangnya kefahaman dan maklumat tentang konsep radioaktif. Kertas kerja ini merungkai dalam pendekatan yang tidak begitu teknikal tentang konsep dan sukatan radioaktif supaya dapat memberi sedikit kefahaman kepada halayak biasa. Penekanan khas diberikan kepada gas radioaktif radon dari segi punca, kesan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Hal ini kerana gas radon adalah penyumbang terbesar pendedahan pancaran radioaktif tabii kepada manusia. Pendedahan kepada gas radon boleh memberi risiko kepada pengidapan kanser paru-paru. Walaupun banyak negara di dunia mempunyai garispanduan tentang pengawalan aras radon di dalam tempat kediaman, Malaysia belum menpunyai garis panduan yang begitu. Kertas kerja ini diharap dapat mencetuskan minat dan iltizam untuk menghasilkan panduan yang berkaitan untuk kegunaan di Malaysia.
Kata kunci: radioaktif, radon
1. PENGENALAN
Bahan radioaktif adalah bahan yang mengandungi unsur-unsur yang tidak stabil kerana nucleus atomnya mengandungi lebih banyak neutron dan proton daripada yang sepatutnya. Untuk mencapai keadaan stabil, nukleus atom-atom tersebut secara spontan akan memancarkan pancaran radioaktif. Bergantung kepada jenis atom yang terdapat dalam bahan tersebut ia akan memancarkan pancaran zarah alfa, beta atau sinar gamma. Proses ini digelar penyepaian radioaktif. Pancaran-pancaran radioaktif ini membawa tenaga yang boleh dipindahkan kepada medium yang lintasinya atau bahan yang disinggahinya. Tenaga yang dipindahkan itulah yang akan memberi kesan kepada medium atau bahan berkenaan.
Setiap orang daripada kita adalah bahan radioaktif. Kita semua adalah radioaktif. Tulang kita mengandungi unsur radium dan polonium yang radioaktif. Otot-otot kita mengandungi karban dan kalium yang radioaktif. Di dalam paru-paru kita mengandungi gas-gas nadir dan atom-atom tritium yang radioaktif. Begitu juga, rumah kita, kereta kita, makanan kita dan udara yang kita sedut, adalah radioaktif. Jika kita memiliki alat pengesan yang sesuai, kehadiran pancaran radioaktif ini boleh dikesan.
Sebenarnya tiada tempat yang kita boleh berlindung daripada pancaran-pancaran radioaktif ini. Ia begitu kerana kewujudan semulajadi bahan-bahan radioaktif tersebut, sejak terciptanya bumi ini.
Kehadiran pancaran-pancaran radioaktif tidak dapat dikesan oleh pancaindera manusia. Ia wujud tidak kelihatan, membakar tidak berapi, bertiup tidak berangin, tiada berbau tiada perisa. Justru risikonya juga tidak dapat dikesan pancaindera kita. Tidak hairanlah ramai orang memendam perasaan resah, risau dan takut apabila disebut atau mendengar perkataan ”radioaktif”. Lantas boleh menimbulkan kontoversi. Keresahan, kerisauan dan ketakutan ini sebahagian besarnya timbul akibat kurang kefahaman tentang maklumat berkaitan pancaran radioaktif, dan juga tidak biasa dengan konsep dan unit-unit pengukuran dalam bidang radioaktif.
Semua orang tahu pancaran radioaktif pada aras tinggi boleh membunuh, seperti dalam peristiwa Hiroshima dan Nagasaki itu. Sebaliknya, kita juga tahu bahawa dalam bidang perubatan pancaran radioaktif terkawal digunakan dalam sebahagian rawatan kanser, lantas dapat menyelamatkan nyawa. Apa yang kita tidak ketahui ialah risiko dan kesan pancaran radioaktif aras rendah. Semua pernyataan tentang kewujudan radioaktif dalam badan, makanan, dan sekitaran yang disebut di atas tadi boleh dikategorikan sebagai pancaran radioaktif tabii (semulajadi) aras rendah. Apakah kesannya kepada kita?
Bagi memudahkan kefahaman dan menilai risiko tentang radioaktif, konsep kadar penyepaian radioaktif dan unit bagi pengukuran kadar penyepaian tersebut diperkenalkan. Kadar penyepaian radioaktif dinamakan aktiviti, dan disukat dalam unit Becquerel (Bq), iaitu ditakrifkan sebagai bilangan nukleus tak stabil yang mengalami penyepaian dalam masa satu saat. Sebagai contohnya, jika dalam sebungkus makanan terdapat 50 nukleus menyepai dalam masa satu saat, maka aktivitinya ialah 50 Bq. Selain unit Bq, kadang-kadang aktiviti juga diukur dalam unit Curie (Ci), dimana 1 Ci sama dengan 3.7 x 1010 Bq.* Bagi membuat sukatan aktiviti yang lebih spesifik, biasanya unit aktiviti per unit jisim (Bq/kg) dan aktiviti per unit isipadu (Bq/m3 atau pCi/L, dimana 1 pCi/L = 37 Bq/m3) digunakan.
Dalam sekitaran kita pancaran-pancaran radioaktif tabii yang utama datangnya daripada unsur-unsur uranium dan thorium, serta kalium. Melainkan kalium, unsur-unsur ini menyepai secara berantai sehingga mencapai unsur yang stabil dan berhenti menyepai. Dalam rantaian penyepaian tersebut, salah satu unsur radioaktif terhasil dalam bentuk gas, iaitu radon. Atom-atom gas radon menyepai dengan memancarkan pancaran alfa bertenaga tinggi. Kertas kerja ini akan memberi tumpuan kepada gas radon tersebut dan juga kesannya terhadap kehidupan kita.
2. GAS RADON
Radon wujud secara tabii. Ia adalah gas nadir dengan nombor atom 86, radioaktif, tidak bewarna dan tidak berbau. Ia wujud dalam tiga isotop iaitu Radon-222, Radon-220 dan Radon-219, masing-masing dijana oleh penyepaian unsur Radium dalam rantaian penyepaian siri Uranium-238, Thorium-232 and Actinium. Disebabkan hayat Radon-220 dan Radon-219 adalah pendek (separuh hayat 56 s dan 4 s), maka kadang-kadang perkataan ”radon” dikhaskan untuk Radon-222 sahaja kerana separuh hayatnya lebih panjang iaitu 3.823 hari dan limpahannya yang tinggi. Memandangkan uranium terkandung semula jadi di dalam tanah/tanih, batu-batan dan air, maka tanah, batu-batan dan air merupakan sumber gas radon semula jadi. Jika kandungan uranium di dalam bahan-bahan tersebut tinggi maka aktiviti gas radon juga akan tinggi (Hallenbeck, 1994).
Atom-atom gas radon menyepai dengan memancarkan zarah alfa bertenaga 5.5 MeV. Di samping itu, radon menyepai melalui penghasilan beberapa jenis unsur radioaktif, yang dikenali sebagai ”progeny” radon, sebelum mencapai unsur stabil Plumbum-206. Antara progeny radon ini yang juga memancarkan pancaran alfa bertenaga tinggi ialah Polonium-218 (separuh hayat 3.05 minit, 6.0 MeV) dan Polonium-214 (150 mikrosaat, 7.7 MeV).
3. KESAN RADON
Oleh sebab uranium (induk bagi gas radon) wujud dalam aras rendah secara tabii, pendedahah pancaran oleh radon kepada manusia adalah kecil. Namun, seseorang itu boleh mengalami aras pendedahan yang tinggi sekiranya tinggal di kawasan dimana aras kandungan uranium mengalami peningkatan akibat perlakuan dan tindakan manusia. Hal ini kerana aktiviti radon juga akan meningkat. Memandangkan radon berbentuk gas dan bercampur di udara, maka ia akan memasukki badan bersama-sama udara yang disedut.
Apabila radon di dalam udara disedut, ia akan terdampar di permukaan saluran pernafasan dan juga paru-paru. Secara teori zarah-zarah alfa yang dipancarkan oleh Radon-222, dan progeninya, iaitu Polonium-218 dan Polonium-214 akan membebaskan tenaga kepada sel-sel paru-paru. Memandangkan radon dan progeni-progeni ini memancarkan zarah-zarah alfa bertenaga tinggi, ia boleh mengaruh terjadinya barah paru-paru. Jadi, udara pernafasan yang mengandungi aras radon yang tinggi dibimbangi boleh menyebabkan risiko barah paru-paru (Hallenbeck, 1994).
World Health Organization's International Agency for Research on Cancer (IARC, 1988) telah mengkelaskan radon sebagai bahan karsinogen (penyebab kanser) Kelas A. Pengklasan ini didasarkan atas sebelas kajian terhadap pelombong yang terdedah kepada gas radon dan mendapati 40% daripada seramai 2700 kematian kanser paru-paru disebabkan terdedah kepada radon (Lubin, et al., 1995). Dalam tahun 2003 dianggarkan di Amerika Syarikat bahawa hampir 21000 orang mati akibat kanser paru-paru yang dikaitkan dengan pendedahan terhadap gas radon pada aras tinggi (EPA, 2003). Oleh itu tidak hairanlah di dalam tahun 2005 pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran bahawa aras gas radon yang tinggi di dalam rumah (indoor radon) adalah penyebab kedua terbesar berlakunya kanser paru-paru. Penyebab utama ialah merokok. Risiko adalah lebih tinggi bagi individu yang merokok dan terdedah kepada radon. Walau bagaimanapun, di Malaysia belum ada kajian dijalankan tentang risiko kanser paru-paru akibat pendedahan terhadap gas radon. Namun kajian dan amaran di Amerika Syarikat ini boleh dijadikan teladan dan iktibar, untuk membina garis panduan kandungan radon dalam bangunan di Malaysia.
4. RADON DI DALAM BANGUNAN
Secara purata manusia menghabiskan 80% daripada masanya berada di dalam bangunan. Jadi kehadiran gas radon di dalam bangunan (rumah atau pejabat) mengemukakan risiko kesannya yang lebih tinggi. Persoalannya bagaimana radon memasukki ruang dalam bangunan. Walaupun radon berpunca daripada uranium yang terdapat di dalam tanah, batu-batan dan air, disebabkan ia berbentuk gas maka ia mudah meresap ke dalam ruang ynag mempunyai tekanan udara yang lebih rendah daripada tekanan di kawanan sumber gas radon tersebut. Saluran resapan utama radon memasukki ruang dalam bangunan boleh diringkaskan seperti berikut (WAG, 2001)
- retak-retak di lantai dan dinding
- permukaan lantai yang terdedah kepada tanah
- tempat sambungan di lantai dan dinding yang tidak rapat
- rongga-rongga di dalam dinding
- saluran paip yang longgar
Disebabkan itu juga, secara amnya ruang bangunan di tingkat bawah mengandungi aras kandungan radon yang tinggi dibanding ruang di tingkat yang lebih atas.
Radon juga boleh memasukki ruang dalam melalui air paip, kerana radium agak larut di dalam air. Walau bagaimanapun laluan ini tidak begitu penting dibanding saluran-saluran tersebut di atas tadi. Bahan binaan bangunan juga boleh menjadi punca kehadiran radon di dalam bangunan (Nazaroff & Nero, 1984). Di negara kita pasir, tanah dan batu adalah bahan mentah utama dalam pembikinan bahan-bahan binaan. Bergantung tempat asal pasir dan tanah berkenaan diambil, kandungan uranium di dalamnya juga berbeza-beza. Batu dari jenis ignius mengandungi uranium yang tinggi, begitu juga kandungan uranium pasir yang diperoleh dari kawasan bekas lombong bijih timah adalah tinggi. Jika bahan-bahan begini diguna sebagai bahan mentah bagi pembikinan bahan-bahan binaan, tanpa disedari kita mengundang radon untuk hadir ke dalam rumah. Satu perkra menarik disebut di sini ialah amnya aras radon di dalam rumah kayu adalah rendah dibanding rumah batu.
5. KAWALAN
Walaupun gas radon dalam bangunan pada aras tinggi terbukti berisiko kepada kesihatan, dewasa ini Malaysia tidak mempunyai peraturan atau peruntukan yang bertujuan mengawal had kepekatan radon di dalam tempat kediaman atau rumah. Walau bagaimanapun pihak Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) ada mengeluarkan bahan penerangan tentang gas radon secara am (dokumen LEM/TEK/15, Disember 1988), dan juga garis panduan bagi pengusaha industri petrolium dan gas (dokumen LEM/TEK/30 Sem 2, September 1996). Selain itu dalam tahun 2005 Pihak Berkuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) ada mengeluarkan Kod Amalan (Code of Practice) bagi kualiti udara dalam bangunan pekerjaan, yang dibaca bersama peruntukan OSHA 1994 (Act 514).
Bagi negara-negara seperti USA dan UK Aras Bertindak (Action Level) bagi dalam bangunan masing-masing ditetapkan kepada tidak melebihi 4 pCi/L dan 8 pCi/L oleh pihak berkuasa mereka iaitu US Environmental Protection Agency (USEPA) dan National Commision for Radiation Protection (NCRP). Aras Bertindak bermaksud bahawa jika aras radon di dalam rumah melebihi had tersebut, maka sesuatu bentuk tindakan perlu dilakukan bagi menurunkan arasnya bagi mengurangkan risiko. Di Sweden peraturannya lebih ketat lagi bagi bangunan baru, dimana dicadangkan supaya aras purata tahunan maksimum tidak meleihi 70 Bq/m3 (lebih kurang 2 pCi/L) (Crameri & Burkart, 1989). Bagi kawasan luar bangunan pula, purata kepekatan global ialah 0.4 pCi/l (UNSCEAR, 2000).
6. KAJIAN TENTANG RADON
Dalam tahun 2005 hingga 2007 satu kajian tentang kandungan radon di dalam dan di luar bangunan di lima lokasi di Semenanjung Malaysia telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik UiTM Shah Alam (Ahmad Saat et al., 2007). Hasil kajian menunjukkan amnya, kepekatan radon di dalam bangunan sentiasa lebih tinggi daripada di luar bangunan. Kepekatan radon di kawasan bekas lombong seperti Kampung Gajah (KG) dan Ampang (AP) adalah lebih tinggi daripada kawasan tepian pantai (Lumut (LP) dan Kota Bharu (KB)), dan juga kawasan bandar di atas bekas ladang sawit dan getah (Shah Alam (SA)). Ini menggambarkan bahawa aktiviti perlombongan telah mengubahsuai struktur kandungan tanah sehingga mengakibatkan peningkatan kandungan uranium, lantas meningkatnya penghasilan gas radon. Namun demikian kepekatan purata radon dalam bangunan bagi kelima-lima lokasi ini masih di bawah Aras Bertindak USEPA, iaitu 4 pCi/L. Suatu pemerhatian yang menarik ialah purata kepakatan radon di luar bangunan bagi lokasi-lokasi bekas lombong adalah dua kali melebihi aras purata global.

Purata kepekatan radon dalam bangunan di Malaysia iaitu antara 0.30 pCi/L to 1.54 pCi/L dibandingkan dengan beberapa negara lain di dunia. Didapati kepekatan ini jauh lebih rendah daripada beberapa negara Eropah seperti Finland, Norway, France, Denmark, tetapi agak setara dengan di United Kingdom, Kanada, USA, Hungary, Jordan and Arab Saudi (Riyah). Kepekatan di kawasan bekas lombong, Ampang dan Kampung Gajah, adalah lebih tinggi berbanding kepekatan purata global. Apa yang menarik di sini ialah kebanyakan negara Eropah dan maju seperti United Kingdom, USA dan Kanada, walaupun purata kepekatan radon adalah setara dengan Malaysia, mereka mempunyai peraturan dan garis panduan tentang radon yang harus dipatuhi. Rasanya telah tiba masanya Malaysia mempunyai satu garispanduan yang mantap untuk digunakan bagi menangani hal ehwal berkaitan gas radon.
7. BAGAIMANA MENGUKUR KEPEKATAN ATAU ARAS GAS RADON
Seperti yang dinyatakan tadi, oleh sebab radon ialah gas maka ia disukat dalam unit aktiviti per isipadu, iaitu Bq/m3 atau pCi/L. Sukatan ini dinamakan kepekatan atau aras radon (radon concentration or level). Tetapi bagaimanakah radon diukur? Sebenarnya ada beberapa kaedah pengukuran radon, bergantung kepada keperluan pengukuran tersebut. Bagi mendapat sukatan dengan segera, biasanya monitor radon berterusan (continuous radon monitor) digunakan. Radas ini mendaftar kesan pengionan oleh zarah alfa yang dibebaskan oleh nukleus radon, dan dengan menggunakan satu sistem elektronik, kesan itu ditukar kepada isyarat digital, yang dipaparkan dalam skala bernombor. Ia boleh digunakan untuk mendaftar purata pancaran radon bagi setiap jam dalam satu hari. Dengan itu variasi aras radon dalam tempoh 24 jam bagi sesuatu lokasi boleh dipantau.
Bagi pemonitoran jangka panjang, biasanya pengesan jejak keadaan pepejal (solid state track detector) digunakan. Ia diperbuat daripada filem atau kepingan bahan polimer. Kepingan itu ditinggalkan dilokasi yang hendak diukur untuk selama satu hingga tiga bulan. Tindakan pancaran alfa daripada radon akan meninggalkan jejak-jejak pada kepingan atau filem itu. Bilangan jejak pada kepingan/filem boleh dicerap dan dikira, dan ia berkadar terus dengan kepekatan radon di lokasi tersebut.
Selain dua kaedah tersebut, arang teraktif (activated carbon) juga boleh digunakan untuk menyukat aras radon. Atas sifatnya, arang teraktif akan menyerap gas-gas radon dilokasi ia ditempatkan. Semakin tinggi aras radon semakin banyak ia diserap oleh arang teraktif tersebut. Kandungan radon yang terserap pada arang teraktif kemudiannya disukat berdasarkan aktiviti pancaran alfa yang dipancarkannya dengan menggunakan spektrometer alfa.
Jelas di sini bahawa aras radon dalam sesuatu lokasi agak mudah untuk disukat. Jadi tidak hairanlah bahawa sesetangah negara, umpamanya USA, mensyaratkan supaya aras radon dalam sesebuah kediaman baru perlu disukat terlebih dahulu sebelum ia diiktiraf sebagai layak didiami. Bagi menghindari risiko pendedahan tanpa sedar kepada radon aras tinggi, maka negara kita juga mungkin perlu mempertimbangkan untuk menggunkan syarat yang serupa, selain syarat-syarat lain yang sedia ada.
8. LANGKAH-LANGKAH MENURUNKAN ARAS GAS RADON
Tinggi atau rendahnya aras radon di dalam kediaman kita amat bergantung kepada jenis kediaman yang kita huni, dan juga cara hidup penghuni-penghuni. Rumah yang sentiasa ”berkurung” (iaitu tingkap dan pintu sentiasa tertutup) dan kurang aliran bebas keluar-masuk udara boleh merupakan perangkap bagi gas radon, dan mengakibatkan aras radon di kawasan dalam rumah adalah tinggi. Bahan binaan kediaman (iaitu pasir, batu, simin dan tanah) dan kecacatan (seperti retak, rekah dan sambungan tidak sempurna) ketika proses pembinaan juga merupakan punca kemasukan radon di dalam rumah.
Walaupun aras kepekatan gas radon di dalam bangunan di negara kita secara relatifnya adalah rendah, kita tidak seharusnya bersikap sambil lewa. Hal ini kerana risiko akibat pancaran atau pendedahan kepada aras radioaktif yang rendah masih tidak banyak dikaji dan diketahui. Oleh yang demikian beberapa langkah boleh dipertimbangkan untuk mengurangkan kandungan gas radon di dalam rumah kita. Langkah-langkah tersebut boleh bersifat pasif, yang membabitkan perubahan gaya hidup, dan juga yang bersifat tindakan yang perlu dilaksanakan.
I. Menutup rekahan dan renggang pada lantai dan dinding – kaedah ini biasanya dapat mengurangkan kadar kemasukkan atau resapan gas ke dalam ruang kediaman daripada tanah atai bahan binaan.
II. Meningkatkan aliran udara luar ke ruang dalam rumah – dengan ini kandunagn radon di dalam bangunan dapat ”dicairkan”, kerana udara luar yang biasanya mengandungi gas radon pada aras lebih rendah akan berbaur dengan udara di dalam bangunan.
III. Tahu sumber bahan binaan rumah – elak daripada menggunakan bahan binaan seperti pasir yang berpunca dari bekas kawasan lombong, kerana pasir begini biasa mengandungi aras bahan radioaktif yang lebih tinggi.
IV. Memasang pam radon – Kaedah ini biasanyan digunakan di kawasan aras radon yang tinggi, melewati Aras Bertindak. Pam begini dipasang untuk mengapem udara dari rongga-rongga tanah di bawah lantai, maka gas radon tersebut akan dialihkan daripada memasuki atau meresap ke ruang dalam bangunan. Kos yang terbabit juga agak tinggi.
V. Gaya hidup – kajian menunjukkan trend variasi aras gas radon dalam rumah sepanjang 24 jam ialah tinggi pada hujung malam hingga awal pagi dan menurun/ rendah pada waktu-waktu lain. Hal ini kerana pada tempoh hujung malam dan awal pagi tersebut kebanyakan penghuni telah masuk tidur, maka pintu, tingkap dan pengudaraan di ruang lain selain bilik tidur akan ditutup. Maka terbentuklah satu ruang ”tertutup” yang menggalakkan pengumpulan gas radon. Kemungkinan proses pengudaraan harus dikekalkan sepanjang masa di dalam rumah.
Dalam senario negara kita, dimana secara amnya aras gas radon di dalam rumah masih randah daripada Aras Bertindak, kaedah-kaedah pasif seperti kaedah I, II, III dan V adalah memadai.
9. PENUTUP
Demikian serba sedikit penjelasan tentang gas radon dalam persekitaran kita dan kesan serta risiko yang mungkin dihadapi berkaitan dengannya. Semoga penerangan ringkas ini akan dapat memberi pengetahuan kepada orang awam dan juga individu-individu pembuat dasar tentang punca, kesan dan pengawalan gas radon. Apa yang penting di sini ialah satu langkah perlu diambil bagi membina satu peraturan atau garis panduan tentang gas radon untuk negara kita.
Wallahualam.
10. RUJUKAN
Ahmad Saat, Zaini Hamzah, Wan Muhamad W A Kadir, Zaharidah Abu Bakar, Zuraidah A Munir, Siti Mariam Sumari, Misbah Hassan, (2007), Some Remarks On Radon Concentration At Various Locations In Peninsular Malaysia, paper presented at National Physics Conference (PERFIK) 2007, Kuala Terengganu, Malaysia, 26 – 28 August 2007.
Al-Saleh, F. S., 2007, Applied Radiation and Isotopes, 65, 843 – 848.
Crameri, R. and Burkart, W., (1989), J. Radiat. Phys., 34, 251 – 259
Enflo, A., (2002), International Congress Series, 1236, 23-25.
EPA, (2003), Assessment of Risks from Radon in Homes, EPA 402-R-03-003
Hallenbeck, W.H., (1994), Radiation Protection; Lewis Publishers, USA.
Hamori, K., Toth, E., Lasonci, A. and Minda, M., 2006, Applied Radiation and Isotopes, 64, 859 – 863.
IARC, (1988), WHO/IARC Monographs Programme, Vol. 43 1988, p.173
Kullab, M., 2005, Applied Radiation and Isotopes, 62, 765 – 773.
Lubin, J.H., Boice, J.D., Edling, C., Hornung, R.W., Howe, G.R., Kunz, E., Kusiak, R.A., Morrison, H.I., Radford, E.P., Samet, J.M., Tirmarche, M., Woodward, A., Yao, S.X., and Pierce, D.A., (1995), Lung cancer in radon-exposed miners and estimation of risk from indoor exposure. Journal of the National Cancer Institute. Vol 87. No. 11, June,1995.
Nazaroff, W.W., Nero, A.V., 1984. Transport of radon from soil into residences. Proceedings of the 3rd International Conference on Indoor Air Quality and Climate, vol. 6, pp. 15–20.
UNSCEAR, 2000, (United Nations Scientific Committee on Effects of Atomic Radiation), Sources and effects of ionizing radiation. UNSCEAR 2000 Report to General Assembly, with annexes, United Nations Sales Publication, New York.
Welsh Assembly Government (WAG), (2001), Radon: A guide to reducing levels in your home, Crown UK, 23p (ISBN 0 7504 3334 5)

*Kertas kerja Jemputan, Seminar Memperingati Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, 6 Ogos 2008, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.
1 comment:
Assalammualaikum Dr,
Pada pendapat saya, kertas kerja yg dibentangkan sangat menarik dan amat berguna kpd sesiapa yg ingin mengetahui ttg radioaktif aras rendah yg wujud disekeliling kita.
Di sini saya ingin bertanya:-
i) Dikhabarkan kilang pemprosesan 'rare earth' LYNAS di Kuantan menghasilkan sisa thorium. Dikatakan sisa tersebut boleh mencecah sehingga beratus-ratus tan metrik setahun dan disimpan di kawasan kilang tersebut.Terdapat lebih 20 ribu penduduk dalam radius 4 km dari kawasan kilang.
Bukankah ini membahayakan penduduk tersebut? Komen tuan Dr. amat di alu-alukan. Terima kasih
Post a Comment