Thursday, October 20, 2011

In the jungle of Kuala Keniam, Pahang

Taking a short break, on the way to study area in the 40K years old undisturbed jungle of Kuala Keniam, in the Kuala Tahan National Park, Pahang, Malaysia.

Kuala Keniam, Pahang ... an undisturbed study area


Twisted tree trunk is one of the natural structure found right in the middle of the path in the virgin jungle of Kuala Keniam. The jungle path is the only route to the study area about 4.2 km into the jungle. Young and budding researchers seen here are in a very light and happy mood.

Radon emanation and SOx, NOx studies are some of the research projects on-going in the area.

Tahukah Anda (5)?

Tenaga yang kita gunakan setiap masa boleh diusul sumbernya daripada matahari. Matahari menghasilkan tenaganya melalui proses pencantuman (fusion) nukleus. Jadi matahari merupakan sebah loji penjana tenaga nuklear. Dan, segala tenaga yang digunakan setiap masa adalah berpunca dari tenaga nuklear. Tidakkah ini boleh menjadi petunjuk bagi membuka minda orang yang mahu berfikir ......???

Monday, October 3, 2011

Tahukah anda (4)?

Tubuh kita secara tabii (natural) adalah radioaktif. Bukan keran kita terdedah kepada bahan=bahan radioaktif. Badan kita mengandungi antaranya karban dan kalium. Unsur-unsur ini memiliki isotop=-isotop yang radioaktif seperti karban-14 dan kalium-40.

Tahukah anda (3)?

Bahan bakar nuklear (nuclear fuel) dalam bentuk rod. Sebatang rod bahan bakar nuklear sebesar sebatang pensel boleh membekalkan tenaga untuk seluruh Bansaraya Shah Alam selama satu tahun.

Tahukah anda (2)?

Bahan-bahan radioaktif memancarkan pancaran radioaktif alfa, beta dan gamma. Pancaran ini membawa tenaga. Walau bagaimanapun tenaga nuklear yang dihasilkan di dalam loji nuklear bukanlah daripada pancaran radioaktif berkenaan. Ia terhasil daripada proses pembelahan (fission) nukleus bahan bakar nuklear (nuclear fuel), iaitu nukleus isotop uranium yang diperkayakan. Pembelahan nukleus di dalam loji nuklear adalah dalam keadaan terkawal. Oleh itu loji tenaga nuklear tidak akan meletup seperti sebuah bom nuklear.

Tahukah anda (1)?

Di dalam udara yang kita sedut semasa pernafasan mengandungi gas radioaktif, radon. Kajian menunjukkan kandungan radon lebih banyak di dalam bangunan yang tertutup tanpa pengudaraan (ventilasi) berbanding di luar bangunan. Walau bagaimanapun risiko kesihatan yang terbabit dengan gas radon adalah jauh lebih rendah berbanding menghisap rokok (terutamanya perokok sekunder - menghidu asap perokok lain).