Monday, October 3, 2011

Tahukah anda (2)?

Bahan-bahan radioaktif memancarkan pancaran radioaktif alfa, beta dan gamma. Pancaran ini membawa tenaga. Walau bagaimanapun tenaga nuklear yang dihasilkan di dalam loji nuklear bukanlah daripada pancaran radioaktif berkenaan. Ia terhasil daripada proses pembelahan (fission) nukleus bahan bakar nuklear (nuclear fuel), iaitu nukleus isotop uranium yang diperkayakan. Pembelahan nukleus di dalam loji nuklear adalah dalam keadaan terkawal. Oleh itu loji tenaga nuklear tidak akan meletup seperti sebuah bom nuklear.

No comments: